Letih? rehatlah dulu, tengok kunyit tu!!..

Posted in Motivasi on April 12, 2008 by minumpetang

Gula-gula kehidupan!!!

Posted in Motivasi on March 21, 2008 by minumpetang

Wahai anak, Sabarlah!!!. Ayah tahu engkau letih lalu tertidur kerana hampir lapan jam sehari engkau pergi ke sekolah untuk mendapatkan ilmu dari gurumu. Ayah tahu engkau seorang yang taat. Namun Kini kau tertidur dan terlupa untuk sembahyang dan makan malam.Sabarlah wahai anak! Esuk pagi selepas mandi, isikan perutmu dengan sarapan pagi..

Ayah tahu untuk beberapa tahun ini, kau pergi ke sekolah bukanlah untuk mendapatkan gula-gula yang engkau harapkan.Sebaliknya engkau diajarkan ilmu membuat gula-gula itu. Itu yang sekarang diajarkan oleh gurumu.Mudah-mudahan engkau tahu. Insyaalah apabila engkau mahir membuat gula-gula kegemaranmu itu nanti, ayah doakan engkau mendapat manisnya kehidupan dunia dan akhiratmu. Amin!!!

Kelapa di kepala!!!

Posted in Motivasi on March 14, 2008 by minumpetang

Tentu ramai daripada kita yang pernah minum air kelapa. Sedap dan enak rasanya.lebih sedap kalau ditambah air batu lalu diminum sebelah petang bersama keluarga !!!! atau ketika berbuka pada bulan puasa.!!!!

Namun demikian, berapa ramai pula daripada kita yang menanamnya??? Mungkin ramai mungkin saja sebaliknya. Apa pun marilah kita bersama-sama ketika petang-petang sambil minum air kelapa memikirkan berapa banyak buah kelapa tua yang boleh kita kumpulkan dan menanamnya??

Kita mula mengira. Dari rumah nenek 10 biji kelapa, bapa saudara 11, ibu saudara 12, rumah kita 0 . Jadi, jumlah semuanya; 33 biji buah kelapa tua… ” boleh tahan jua!” kata hati kita…lalu kita merancang untuk menanamnya. Tapi apa objektif khasnya?

Nah objektif kita bulan ini untuk masa depan ialah mengumpulkan 33 biji buah kelapa tua dari mereka yang terdekat dengan kita. Bulan berikutnya kita tanam pula di kawasan tanah kita.

Cubalah anda bayangkan kalau projek ini terlaksana, pohon kelapa yang kita tanam mula mengeluarkan hasilnya. 33 pohon kelapa masing mengeluarkan banyak kelapa muda… enak rasanya.!!!  Kita gembira.Kita cerita di mana-mana. Di pasar, di padang di mana-mana…seubulan lamanya…kita bahagia bercerita mengenainya.

Suatu hari kita mula menaiki pohonnya. Ketika menaikinya, kita mula berangan-angan pula. Suatu ketika nanti saya akan tanam kelapa sebanyak-banyaknya. saya jual kelapa muda, dapat duit banyak berjuta-juta…..aku gembira……mereka gembira. ” win-win situation” kata mereka gembira. air kelapa muda diminum dengan senyumnya…

Tiba-tiba, terasa ada air direnjis di muka kita lalu terdengar, ” Oiiii…bangun!!!…hari dekat maghrib.”

Rupanya aku tertidur namun buah kelapa!!!!!tetap di kepala!!!

BUKU KECIL SAYA DI MANA?

Posted in Motivasi on March 13, 2008 by minumpetang

Selamat berjumpa kembali.!!!!

Bagaimana objektif anda pada hari ini? Adakah to do list anda terlaksana kesemuanya? Mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Apa entry untuk hari ini?

Pernahkah anda terfikir untuk menuliskan apa yang akan anda lakukan pada esuk hari ? Pernahkah anda menyenaraikannya dalam kertas atau dalam buku kecil anda? Kalau ya betul anda bertuah dan Tahniah saya ucapkan dan teruskanlah!! kerana anda telah menyediakan sesuatu yang bermanfaat bagi anda mahupun keluarga apa lagi negara dan agama.

 Setengah  orang menamakannya sebagai TO DO list. saya tak tahu setengah yang lain menamakanya apa. Namakan saja buku objektif khas. Kalau besar objektif umum. Apa yang penting ia suatu buku yang menyenaraikan tugasan yang seboleh-bolehnya anda laksanakan esuk hari. Suatu buku yang akan dirujuk pada esuk hari apa yang hendak dibuat. Ia bagaikan setiausaha yang akan mengingatkan kita apa yang patut dibuat pada hari itu.

saya hendak tulislah ni TETAPI buku kecil saya di mana ye??????????

Matlamat penulisan blog

Posted in Motivasi on March 11, 2008 by minumpetang

Kata orang matlamat itu penting.Saya pun setuju matlamat itu penting. Kalau hendak pergi kedai hendak beli apa? hendak ke negeri A hendak apa? Tapi matlamat saya apa ye???

Matlamat: mengetahui cara menggunakan blog dengan betul.

Bagaimana pula dengan objektif hari ini?

Hari ini objektif penulisan saya ialah dapat menuliskan tajuk  di atas dalam entry saya kali kedua ini. Jadi terbacalah objektif saya itu ye tanpa disedari…terima kasih ya…..

ok itu saja dulu!!! lebih banyak objektif selepas ini

SAMPAI HAJAT JUGA AKHIRNYA

Posted in Motivasi on March 9, 2008 by minumpetang

Assalamualaikum.Salam sejahtera!

Saya orang baru dalam penulisan blog ini!!!

Syukur. Alhamdulillah sampai hajat juga akhirnya untuk menulis di blog ini buat pertama kali. Mudah-mudahan dengan penulisan di blog ini, saya akan mendapat lebih banyak ilmu dari kawan-kawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging.

Baiklah, itu sahajalah buat kali pertama ini!!!

Hello world!

Posted in Uncategorized on March 8, 2008 by minumpetang

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!